Lelaki maut kereta rempuh tiang elektrik

Foto JBPM Perak

PANTAI REMIS, 29 November – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh tiang elektrik dalam kejadian di Batu 12, Simpang 3, Pantai Remis, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.52 pagi dan anggota BBP Pantai Remis tiba enam minit kemudian.
  • Mangsa berusia 22 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di bahagian hadapan kenderaan sebelum dikeluarkan anggota bomba.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM, manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.52 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merempuh tiang elektrik.

“Seorang lelaki berusia 22 tahun ditemukan di bahagian hadapan kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.