Sukan, rekreasi dekatkan JPJ dengan masyarakat

Foto RTM

LABUAN, 29 November – Sukan dan rekreasi antara pendekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam meningkat advokasi keselamatan jalan raya di Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hubungan JPJ dengan masyarakat terus dipupuk bagi merapatkan interaksi antara pegawai dan pengguna jalan raya.
  • Program i-Sihat JPJ Labuan berlangsung selama tiga hari bermula 27 November di Dataran Labuan.
  • Hampir 700 peserta menyertai program, melebihi sasaran 500 orang, sambil menggalakkan gaya hidup sihat.

Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, meskipun JPJ merupakan agensi penguatkuasaan, hubungan dengan masyarakat perlu terus dipupuk bagi membina interaksi lebih dekat antara pegawai dan pengguna jalan raya.

Menurutnya, inisiatif itu diterjemah menerusi penganjuran Program i-Sihat JPJ Labuan, berlangsung selama tiga hari bermula 27 November di Dataran Labuan.

“Alhamdulillah, sasaran awal kita adalah sebanyak 500 penyertaan, namun jumlah itu telah melebihi jangkaan apabila hampir 700 peserta menyertai program pada hari ini. Kita amat bersyukur kerana program JPJ bersama masyarakat ini berjaya menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas pelepasan acara larian di Jalan Merdeka di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.