
NAIROBI, 28 November -Ujian klinikal vaksin eksperimen bagi menangani Ebola strain Bundibugyo yang mencetuskan wabak di Congo, kini dimulakan di negara jiran, Uganda.
- Ujian fasa pertama vaksin mRNA Moderna melibatkan 224 sukarelawan sihat berusia satu hingga 65 tahun.
- Ujian menilai keselamatan vaksin serta keupayaannya merangsang tindak balas imun badan.
- Dua lagi vaksin eksperimen dijadual diuji di timur Congo, dengan tumpuan kepada kontak pesakit dan golongan berisiko tinggi.
Institut Penyelidikan Virus Uganda dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, ujian berkenaan merupakan ujian klinikal fasa pertama vaksin berasaskan teknologi mRNA yang dibangunkan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak Ebola di DRC yang diisytiharkan pada Mei lalu telah merekodkan lebih 11,000 kes, termasuk lebih 5,700 kematian.
Setakat ini, belum terdapat vaksin atau rawatan khusus yang terbukti berkesan untuk menangani strain Bundibugyo berkenaan.
Ujian di Uganda membabitkan 224 sukarelawan sihat berusia antara satu hingga 65 tahun bagi menilai tahap keselamatan serta keupayaan vaksin merangsang tindak balas imun badan.
Dalam perkembangan berkaitan, dua lagi vaksin eksperimen dijadual memulakan ujian klinikal pada Isnin di kawasan pusat penularan wabak di timur Congo.
Ujian berkenaan akan memberi tumpuan kepada individu yang mempunyai kontak dengan pesakit serta golongan berisiko tinggi dijangkiti. – AFP