Tindakan saman MCMC tidak jejas pelaburan Google

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

AMPANG, 27 November – Tindakan saman yang difailkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google tidak menjejaskan komitmen pelaburan gergasi teknologi itu di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menghubungi Ruth Porat untuk membincangkan pematuhan kawal selia tempatan dan kerjasama menangani kandungan perjudian dalam talian.
  • Google memberi jaminan akan bekerjasama menangani isu kandungan berkenaan.
  • Kandungan memudaratkan di platform digital Google masih belum ditangani, termasuk laporan perjudian dalam talian yang dibangkitkan sejak enam bulan lalu.
  • MCMC menghantar notis saman kepada Google selepas YouTube gagal mengekang kandungan judi dalam talian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu diberikan Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Google, Ruth Porat ketika dihubungi beliau bagi membincangkan mengenai isu pematuhan kawal selia tempatan dan kerjasama menangani kandungan perjudian dalam talian.

“Semalam, saya berkesempatan menghubungi sendiri Ruth Porat dan beliau memberi jaminan bahawa Google akan memberikan kerjasama bagi menangani isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang, di sini.

Menurut Perdana Menteri, Google bersedia bekerjasama dengan Malaysia dalam menangani isu kandungan memudaratkan yang masih belum ditangani di platform digitalnya.

Katanya, terdapat laporan mengenai kandungan perjudian dalam talian yang masih belum ditangani meskipun isu itu telah dibangkitkan kepada pihak Google sejak enam bulan lalu.

Terdahulu, MCMC dilaporkan telah menghantar notis saman ke atas Google selepas platform berkenaan gagal mengekang kandungan judi dalam talian di aplikasi YouTube.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.