Perkembangan pusat data suntik momentum baharu pendapatan TNB

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 November – Pertumbuhan pesat pusat data yang bakal melonjakkan permintaan penggunaan tenaga elektrik dijangka menjadi antara pemacu utama pertumbuhan Tenanga Nasional Berhad (TNB) pada tahun hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat data dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan TNB pada tahun hadapan.
  • Pengembangan asas aset terkawal meningkatkan keterlihatan pendapatan TNB untuk jangka panjang.
  • Keuntungan bersih teras 9MFY26 hanya mencapai 67.2 peratus daripada unjuran tahun penuh Apex Securities.

Menurut Apex Securities, selain pusat data, pengembangan asas aset terkawal juga akan meningkatkan keterlihatan pendapatan syarikat utiliti itu untuk jangka panjang.

Katanya, permintaan elektrik TNB meningkat 9.3 peratus kepada 37,865 gigawatt jam (GWh) pada suku ketiga tahun kewangan 2026 (3QFY26) berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Pertumbuhan itu dipacu sektor komersial yang mencatat peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 18.3 peratus, mencerminkan permintaan daripada pusat data, peruncitan dan perkhidmatan perniagaan.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2026 (9MFY26), permintaan elektrik meningkat 8.3 peratus kepada 108,193 GWh, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan hasil sebanyak 7.5 peratus kepada RM53.87 bilion,” katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan itu berkata, prospek pendapatan TNB turut disokong peningkatan asas aset terkawal kepada RM80.4 bilion, hasil perbelanjaan modal terkawal sebanyak RM9.12 bilion dalam tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, keuntungan bersih teras TNB bagi 9MFY26 berjumlah RM3.08 bilion, hanya mencapai 67.2 peratus daripada unjuran tahun penuh firma penyelidikan itu dan 66.2 peratus daripada anggaran konsensus pasaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.