Jumlah NADI meningkat kepada 1,099 tahun 2026

Infografik Kementerian Komunikasi yang dikongsikan menerusi Facebook Datuk Seri Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 27 November – Jumlah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) meningkat kepada 1,099 tahun ini berbanding 911 pada 2022, iaitu meningkat sebanyak 20.6 peratus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih banyak NADI membuka lebih banyak peluang kepada rakyat.
  • Akses digital, latihan kemahiran dan peluang keusahawanan semakin dekat dengan komuniti.
  • Dalam tempoh empat tahun, sebanyak 188 pusat digital komuniti baharu ditambah.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook berkata lebih banyak NADI, lebih banyak peluang untuk rakyat.

“Akses digital, latihan kemahiran dan peluang keusahawanan semakin dekat dengan komuniti”, katanya.

Menurut infografik Kementerian Komunikasi yang dikongsikan menerusi Facebooknya, sebanyak 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) beroperasi pada 2022, berbanding 1,099 Pusat NADI pada 2026, iaitu pertambahan sebanyak 188 pusat digital komuniti baharu dalam tempoh empat tahun.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.