Pengguna dinasihat rancang perjalanan susulan penutupan sementara Lebuhraya LEKAS pada Sabtu

Foto Facebook Lebuhraya LEKAS

SEREMBAN, 27 November – Pengguna Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan sementara keseluruhan laluan lebuh raya itu sempena penganjuran acara RHB LEKAS Highway Ride 2026 pada Sabtu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penutupan melibatkan laluan dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan hingga Persimpangan Paroi.
  • Lebuhraya ditutup pada 28 November, pukul 6.00 petang, dan dijangka dibuka semula pada 29 November, pukul 4.00 pagi.
  • Acara berbasikal edisi ke-11 berlangsung selama dua hari dengan empat kategori laluan sejauh 105, 78, 17 dan 12 kilometer.
  • Pengguna dinasihatkan mengelakkan lebuh raya, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pegawai polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata penutupan tersebut membabitkan laluan dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi.

“Penutupan berkenaan akan bermula pada pukul 6.00 petang, 28 November ini dan dijangka dibuka semula pada pukul 4.00 pagi, 29 November.

“Acara berbasikal edisi ke-11 itu berlangsung selama dua hari, bermula 28 hingga 29 November, dengan empat kategori laluan sejauh 105, 78, 17 dan 12 kilometer,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mengelakkan penggunaan Lebuhraya LEKAS sepanjang tempoh penutupan dan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Orang ramai juga diminta memberikan kerjasama serta mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan semua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.