
SEREMBAN, 26 November – Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) akan berlangsung esok di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
RINGKASAN BERITA AI
- Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Pengelola Bijaya Diraja.
- Istiadat mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
- Istiadat dijadual berlangsung pada pukul 10.45 pagi.
- Jumlah dan senarai ahli yang akan dilantik tidak dinyatakan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja malam tadi.
“Istiadat berkenaan mendapat limpah perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Istiadat dijadual berlangsung pada pukul 10.45 pagi,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, jumlah dan senarai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang akan dilantik tidak dinyatakan dalam kenyataan berkenaan.