Lebih 5,000 usahawan terima manfaat Skim Usahawan Bangkit

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) menyampaikan sumbangan peralatan perniagaan kepada usahawan jahitan Wan Suritee Haniza Wan Awang (kanan) pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu / BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 26 November– Peruntukan bernilai RM14.99 juta diluluskan bagi membantu lebih 5,000 usahawan dan peniaga kecil di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 40 peratus daripada 12,499 permohonan Skim Usahawan Bangkit diluluskan sejak Januari hingga Isnin lalu.
  • Peruntukan geran skim itu ditingkatkan kepada RM200 juta menerusi Belanjawan 2027.
  • Keunikan produk serta perusahaan marin dan pelancongan mahu dimanfaatkan untuk menembusi pasaran lebih luas.
  • Terengganu menerima peruntukan RM1.04 juta untuk membantu 380 usahawan dan peniaga kecil.

Peruntukan berkenaan meliputi bantuan peralatan kepada golongan sasar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut adalah lebih 40 peratus daripada sebahagian daripada 12,499 permohonan yang diterima bagi Skim Usahawan Bangkit sejak Januari hingga Isnin lalu.

Menerusi skim tersebut, peruntukan geran turut ditingkatkan kepada RM200 juta menerusi Belanjawan 2027.

Beliau mahu keunikan produk serta perusahaan berasaskan marin dan pelancongan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai kekuatan ekonomi yang berpotensi menembusi pasaran lebih luas.

“Perlahan-lahan dapat meningkatkan jumlah pendapatan.

“Projek ini walaupun jumlahnya kecil, tetapi ia memberi manfaat kepada usahawan-usahawan kecil. Saya juga dimaklumkan masih ramai yang membuat permohonan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu.

Bersempena dengan majlis berkenaan, RM1.04 juta diperuntuk kepada 380 usahawan dan peniaga kecil di seluruh Terengganu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.