Dua beradik rentung dalam kebakaran

Siasatan forensik akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden

SIK, 21 November – Dua beradik maut dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua mangsa, berusia tiga tahun dan satu tahun empat bulan, ditemui berpelukan.
  • Bangunan mengalami kemusnahan dianggarkan 90 peratus.
  • Siasatan forensik dan rakaman CCTV akan diteliti bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing, berusia tiga tahun dan setahun empat bulan itu ditemukan dalam keadaan berpelukan.

Timbalan Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan dua mangsa ditemukan di atas katil dan disahkan meninggal dunia.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.

“Siasatan forensik akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran juga akan diteliti bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian,”katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.11 pagi dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira lima minit selepas sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sik tiba di lokasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.