Projek SMK Bukit Goram perlu siap ikut jadual, sifar projek sakit

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KAPIT, 20 November – Kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goram di sini digesa menjalankan amanah dengan penuh integriti bagi memastikan ia siap mengikut jadual serta mematuhi piawaian kualiti ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • KKR menekankan sasaran sifar projek sakit dan menolak permohonan lanjutan masa tanpa alasan munasabah.
  • Pastikan projek siap dalam tempoh kontrak, memenuhi spesifikasi dan kualiti; rancang jadual, bahan, tenaga kerja, jentera dan aliran tunai sejak awal.
  • Projek reka bina meliputi 36 bilik darjah dan kemudahan sokongan, disasarkan siap menjelang Mei 2030, memperluas akses pendidikan menengah berkualiti.
  • Penjimatan kos hampir RM40 juta dicadangkan digunakan untuk asrama pelajar dan kuarters guru di tapak sedia ada.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi penekanan serius terhadap sasaran sifar projek sakit dan tidak mahu sebarang permohonan lanjutan masa tanpa alasan munasabah.

“Pastikan projek disiapkan dalam tempoh kontrak menepati spesifikasi dan memenuhi tahap kualiti yang telah ditetapkan. Jadi perancangan hendaklah dibuat secara menyeluruh sejak peringkat awal jadi meliputi jadual kerja, bekalan bahan tenaga kerja, jentera dan aliran tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pecah Tanah Projek Pembinaan Baharu SMK Bukit Goram di sini hari ini.

Projek secara reka dan bina yang merangkumi 36 bilik darjah serta kemudahan sokongan itu disasarkan siap menjelang Mei 2030 lebih awal daripada jadual asal, sekali gus memperluas akses pendidikan menengah berkualiti kepada pelajar di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar penjimatan kos siling projek hampir RM40 juta dimanfaatkan untuk membina kemudahan asrama pelajar dan kuarters guru di tapak sedia ada memandangkan kekangan rumah sewa di Kapit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.