
ISKANDAR PUTERI, 20 November – Kes buli di Johor menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 773 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, berbanding 327 kes sepanjang 2025.
- Kes buli di Johor dilaporkan meningkat, menuntut perhatian serius pihak berkenaan.
- Statistik KPM: 984 kes pada 2023 dan 1,080 kes pada 2024 menunjukkan kenaikan.
- Sebanyak 208 murid daripada 165 sekolah terlibat, memerlukan langkah pencegahan berterusan.
- Kerajaan negeri sediakan saluran laporan sulit dan SOP 1, 2, 3 untuk pengendalian kes.
Jumlah itu melibatkan 208 murid di 165 sekolah, sekali gus menuntut perhatian serius serta tindakan pencegahan yang berterusan daripada pihak berkaitan.
Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr. Mohammad Naqib Md Ghazali berkata, statistik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi negeri Johor mencatatkan sebanyak 984 kes buli berlaku pada 2023 dan meningkat kepada 1,080 kes pada 2024.
Peningkatan kes turut dipengaruhi kesedaran mangsa dan pihak sekolah untuk tampil membuat laporan.
Selain penambahbaikan dalam sistem rekod serta pemantauan kes buli.
“Kita menyediakan platform atau saluran kepada para pelajar untuk menyampaikan maklumat dan melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di sekolah. Pada masa yang sama, identiti serta maklumat peribadi individu yang membuat laporan akan dirahsiakan. Selain itu, kita turut menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenali sebagai SOP 1, 2 dan 3 bagi memastikan setiap kes dikendalikan mengikut tatacara yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.