Jabatan Pertanian peruntuk RM100,000, Program Sekolah Angkat MADANI

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi

MELAKA, 20 November -Sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI 2026 oleh Jabatan Pertanian di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Padang, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menaik taraf kemudahan sekolah termasuk pembekalan kerusi dan meja untuk murid serta guru.
  • Pemasangan kipas: 36 kipas siling dan lapan kipas dinding bagi meningkatkan keselesaan.
  • Membaik pulih lantai dewan peperiksaan, menaik taraf pintu jeriji besi serta menyediakan bangku konkrit untuk rehat pelajar.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan sekolah, merangkumi pembekalan kerusi dan meja untuk murid serta guru, pemasangan kipas siling dan kipas dinding, selain kerja-kerja membaik pulih lantai dewan peperiksaan.

“Antara skop pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI ini termasuk perolehan kerusi dan meja untuk murid serta guru, pemasangan 36 unit kipas siling dan lapan unit kipas dinding.

“Kita juga membekalkan 18 unit bangku konkrit untuk kemudahan pelajar berehat, menaik taraf pintu jeriji besi serta membaik pulih lantai dewan peperiksaan,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Sekolah Angkat Madani di SRA Kampung Padang, di sini.

Tambahnya, menerusi program tersebut, pelajar dapat menikmati kemudahan dengan selesa dan selamat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.