LKM tamat tempoh, van pekerja kilang disita

Foto JPJ Kedah

GURUN, 20 November -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebuah van yang digunakan untuk membawa pekerja kilang selepas dikesan beroperasi dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans sah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesalahan dikesan hasil pemeriksaan van bertanda 'BAS PEKERJA' semasa operasi penguatkuasaan jalan raya.
  • Pengusaha yang mengabaikan pematuhan undang-undang menimbulkan risiko besar kepada keselamatan penumpang.
  • JPJ akan mempertingkatkan penguatkuasaan tanpa kompromi dan mengingatkan majikan supaya tidak mengambil ringan keselamatan pekerja.

Menurut kenyataan JPJ Negeri Kedah hari ini , kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap sebuah van berwarna biru berlabel ‘BAS PEKERJA’ dalam satu operasi penguatkuasaan jalan raya .

“Tindakan pengusaha kenderaan terbabit yang mengabaikan aspek pematuhan undang-undang bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan, malah mengundang risiko besar terhadap keselamatan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, majikan dan pengusaha kenderaan diingatkan agar tidak mengambil mudah soal pematuhan peraturan jalan raya kerana keselamatan pekerja tidak boleh dipertaruhkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.