Malaysia, AS berhasrat jalin kerjasama sokong pembangunan awan AI berdaulat Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 November – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhasrat memperkukuh kerjasama dalam membangunkan Awan Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Malaysia, dengan Washington menyediakan dana berjumlah AS$50 juta melalui program SI SPARK bagi menyokong inisiatif itu, tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua kerajaan berhubung terma serta skop bantuan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menentukan reka bentuk, perolehan dan operasi Awan AI Berdaulat.
  • Infrastruktur dan data dihoskan serta kekal di bawah undang-undang, pemilikan dan kawalan Malaysia.
  • Kerjasama berpotensi termasuk bantuan teknikal dan latihan bagi membangunkan tenaga kerja AI tempatan.
  • Penyertaan syarikat teknologi AS tertakluk kepada undang-undang, proses perolehan, keperluan teknikal dan keselamatan serta perjanjian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump pada Rabu mengumumkan hasrat kedua-dua negara untuk menjalin kerjasama bagi menyokong inisiatif Malaysia itu, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi AS.

“Malaysia akan menentukan reka bentuk, kaedah perolehan dan pengaturan operasi bagi kemudahan Awan AI Berdaulat tersebut.

“Infrastruktur dan data yang dihoskan akan ditempatkan di Malaysia, tertakluk kepada undang-undang negara, serta kekal dalam pemilikan, jagaan dan kawalan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Selain itu bidang kerjasama yang berpotensi adalah termasuk bantuan teknikal dan latihan bagi membangunkan tenaga kerja AI tempatan serta memperkukuh keupayaan Malaysia untuk mengendalikan infrastruktur digital yang selamat dan berdaya tahan.

Penyertaan syarikat teknologi dari AS adalah tertakluk kepada undang-undang dan proses perolehan Malaysia, keperluan teknikal dan keselamatan serta pemeteraian perjanjian berkaitan.

Menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif, Malaysia dan AS berhasrat untuk mempererat kerjasama dalam bidang AI dan teknologi digital yang selamat, dengan menghormati sepenuhnya kedaulatan dan autonomi kawal selia setiap negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.