Malaysia-Hong Kong perkukuh kerjasama perdagangan digital dan pelaburan

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan John Lee Ka-Chiu di sela-sela Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)

SHENZHEN, 18 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee Ka-Chiu bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan digital, pelaburan serta pasaran modal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia menyambut pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur untuk memperluas akses pasaran produk halal Malaysia.
  • Datuk Seri Anwar menegaskan sokongan terhadap penyertaan Hong Kong dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
  • John Lee mengundang lawatan rasmi Datuk Seri Anwar bagi meneruskan usaha mempererat hubungan serta kerjasama dua hala.

Pertemuan itu berlangsung di sela-sela Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar berkata beliau turut mengalu-alukan pembukaan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Kuala Lumpur yang disifatkan mampu membantu memperluas akses pasaran bagi produk halal Malaysia.

“Saya juga menegaskan semula dukungan Malaysia terhadap penyertaan Hong Kong dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya.

Dalam pertemuan sama, Datuk Seri Anwar memaklumkan Lee Ka-Chiu turut mengulangi jemputan kepadanya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Hong Kong bagi meneruskan usaha mempererat hubungan serta kerjasama dua hala antara kedua-dua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.