ADB buka lebih peluang pembangunan infrastruktur peralihan tenaga – PM

Foto / Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR, 16 November– Malaysia dalam proses memuktamadkan Perjanjian Negara Tuan Rumah untuk merealisasikan penubuhan pejabat Bank Pembangunan Asia (ADB) di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • ADB dijangka membuka peluang pembangunan infrastruktur peralihan tenaga dan pembiayaan sektor swasta.
  • Kerajaan menggalakkan ADB teroka pembiayaan kitar semula serta komitmen pelaburan bagi pembangunan pusat data.
  • Perbincangan dengan Presiden ADB, Masato Kanda, membabitkan perkembangan ekonomi serantau dan peluasan kerjasama pembangunan.
  • Malaysia menghargai peranan ADB sebagai rakan pembangunan penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan dan manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran ADB dijangka membuka lebih banyak peluang dalam pembangunan infrastruktur peralihan tenaga dan pembiayaan sektor swasta.

“Saya turut menggalakkan ADB meneroka peluang baharu menyusuli pembiayaan dalam sektor kitar semula serta komitmen pelaburan bagi pembangunan pusat data,” demikian menurut beliau di Facebook.

Menerusi hantaran sama, Datuk Seri Anwar memaklumkan perkara itu antara dibincangkan ketika pertemuan bersama Presiden ADB, Masato Kanda, selepas selesai hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, di Manila.

Pertemuan berkenaan turut menyentuh berkaitan perkembangan ekonomi serantau serta peluang memperluas kerjasama pembangunan dan pelaburan.

“Saya menyambut baik kemajuan usaha penubuhan pejabat ADB di Malaysia termasuk proses memuktamadkan Host Country Agreement,” katanya.

Jelas beliau, Malaysia menghargai peranan ADB sebagai rakan pembangunan penting dan berharap hubungan itu terus diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan serta membawa manfaat nyata kepada rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.