AMK bidas dakwaan Hadi Awang

Naib Ketua AMK Malaysia, Dr. Mohammed Taufiq Johari/ Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 November – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menolak dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa sejahat-jahat orang Islam yang memerintah tidak akan berlaku lebih zalim berbanding pemimpin bukan Islam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pandangan itu dihina masyarakat bukan Islam dan bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam.
  • Kepimpinan perlu dinilai berdasarkan amanah, integriti dan keadilan, bukan berdasarkan latar belakang agama; naratif sedemikian mencetuskan prasangka dan perpecahan.
  • AMK menyeru calon jangan peralatkan agama dan pengundi muda Melaka buat pilihan berdasarkan rekod kepimpinan serta isu pekerjaan, kos sara hidup, perumahan.

Naib Ketua AMK Malaysia, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, pandangan itu disifatkan menghina masyarakat bukan Islam serta bercanggah dengan prinsip keadilan yang dituntut dalam Islam.

“Kepimpinan seseorang perlu dinilai berdasarkan amanah, integriti dan keadilan, bukannya semata-mata latar belakang agama.

“Naratif sedemikian boleh mencetuskan prasangka serta perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang agama,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, AMK menyeru semua pihak yang bertanding supaya tidak memperalatkan agama demi meraih sokongan politik.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menggesa pengundi Melaka, khususnya golongan muda, supaya membuat pilihan berdasarkan rekod kepimpinan serta tawaran pembangunan, termasuk usaha menangani isu pekerjaan, kos sara hidup dan penyediaan perumahan mampu milik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.