Pahang pantau cerun berisiko hadapi Monsun Timur Laut

Facebook: Ir. Razali Kassim

TEMERLOH, 10 November- Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan pemantauan berkala di kawasan cerun berisiko serta kerja pembersihan longkang dan laluan air bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri bekerjasama dengan JKR dan pihak konsesi untuk memastikan keselamatan infrastruktur dan pengguna jalan raya.
  • JKR menjalankan kerja-kerja CSR termasuk pembersihan longkang di tepi jalan.
  • Pahang dijangka menerima kira-kira 77 ambulans baharu tahun depan untuk tingkatkan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan.
  • Pemetaan penempatan ambulans dibuat mengikut keperluan kawasan, penambahan akan dibuat secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi bagi memastikan keselamatan infrastruktur serta pengguna jalan raya.

“Kita ada konsesi-konsesi juga untuk sentiasa memantau, terutamanya kawasan-kawasan yang ada cerun, jalan-jalan yang ada cerun supaya memastikan keadaan cerun tersebut selamat.

“Selain itu, pihak JKR turut melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) dengan membersihkan kawasan, khususnya longkang di tepi jalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Program Destinasi Makan-Makan Selamat Negeri Pahang Tahun 2026 di Dewan Tun Razak, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Pahang dijangka menerima tambahan kira-kira 77 ambulans baharu tahun depan bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan negeri.

Datuk Ir. Razali berkata pemetaan lokasi penempatan ambulans telah dilakukan berdasarkan keperluan kawasan dengan penambahan dibuat secara berperingkat selepas kenderaan itu diterima.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.