
KUALA LUMPUR, 10 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pelawak dan pengacara terkenal antarabangsa, Trevor Noah di pejabatnya di Putrajaya.
- Pertemuan santai bincang politik, humor serta pengalaman dan kisah hidup, menurut perkongsian Datuk Seri Anwar di Facebook.
- Anwar berikan beberapa panduan tentang bahan gurauan yang sesuai untuk pentas, berharap tiada pihak terasa.
- Selorohnya tentang kutipan dana jika ada masalah; Trevor buat julung kali ke Malaysia, persembahan Petaling Jaya 9-10 November.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu menyentuh pelbagai perkara termasuk politik, humor serta pengalaman dan kisah kehidupan yang dikongsi secara santai.
“Saya juga sempat titip beberapa panduan tentang bahan gurauan yang boleh dibawa ke pentas malam ini. Harap tak ada yang terasa!
“Apa pun, jangan risau Trevor, kalau apa-apa jadi malam ini, kita buat kutipan dana (crowdfunding) ramai-ramai!,” selorohnya.
Kehadiran Trevor Noah buat julung kali ke Malaysia bagi persembahan jelajahnya yang berlangsung di Petaling Jaya pada 9 dan 10 November ini.