Menteri Pengangkutan Sepanyol letak jawatan

Puente turut mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum/Foto AFP

MADRID, 4 November – Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente menyerahkan surat peletakan jawatan pada Selasa, susulan nahas kereta api yang mengorbankan 69 nyawa, minggu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum.
  • Nahas minggu lepas dan tragedi awal tahun membayangi kempen pilihan raya.
  • Puente beberapa kali menolak kemungkinan meletak jawatan sejak tragedi.
  • Umum langkah keselamatan: perisian pusat kawalan automatik dan AI untuk kesan ketidaknormalan serta kurangkan kesilapan manusia.

Puente yang sebelum ini berjanji untuk bekerja “tanpa mengenal penat” bagi memulihkan keyakinan awam kepada perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi kedua terbesar di dunia itu, turut mengumumkan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum.

Nahas minggu lepas dan satu lagi tragedi yang berlaku awal tahun, telah ‘membayangi’ kempen pilihan raya menjelang hari pengundian, 29 November ini.

Puente sebelum ini beberapa kali menolak kemungkinan untuk meletak jawatan sejak tragedi berkenaan.

Sebelum ini, pihak pembangkang mendesak Puente untuk melepaskan jawatan serta kesatuan sekerja telah mengkritik beliau yang dilihat meletakkan kesalahan kepada pengendali pusat kawalan.

Puente dalam sidang media sebelum ini telah mengumumkan antara langkah keselamatan yang akan dilaksana termasuk membangunkan perisian untuk pusat kawalan yang berupaya mengeluarkan amaran secara automatik serta memudahkan pengesanan sebarang ketidaknormalan pergerakan trafik kereta api.

Beliau turut memaklumkan kecerdasan buatan (AI) sedia dibangunkan bagi memantau sistem berkenaan dan “meminimumkan kemungkinan berlakunya kesilapan manusia” sambil menyifatkan cadangan berkenaan belum pernah dilaksanakan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.