Pelancaran program sukarelawan, lagu tema Sukan SEA 2027, bulan depan

Foto BERNAMA

HULU LANGAT, 3 November– Program sukarelawan dan lagu tema rasmi Sukan SEA 2027 bakal dilancarkan pada 5 Disember depan, sebagai sebahagian persiapan Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan penganjuran berjalan lancar mengikut jadual; penyediaan kemudahan dipantau rapi oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC).
  • Fasiliti berada dalam keadaan baik dan pemantauan logistik akan terus dilakukan untuk memastikan kesiapsiagaan.
  • Siri jelajah Sukan SEA 2027 giat dilaksana di seluruh negara supaya kemeriahan dirasai rakyat, bukan hanya di lokasi pertandingan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Menurut beliau, persiapan penganjuran temasya berkenaan berjalan lancar mengikut jadual termasuk dari segi penyediaan kemudahan dengan pemantauan rapi oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC).

“Persiapan Sukan SEA 2027 berada dalam keadaan baik dan teratur. Pada 5 Disember 2026 ini kita akan mengadakan majlis perasmian untuk mencari sukarelawan dan peluncuran lagu tema Sukan SEA 2027.

“Ketika ini fasiliti berada dalam keadaan baik. Kita akan sentiasa memantau persiapan logistik dan mengikuti rapat masa yang telah pun ditetapkan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran TVET 2.0 KBS dan Himpunan Belia TVET MADANI 2026 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, dekat sini, hari ini.

Menurut Dr Mohammed Taufiq, siri jelajah Sukan SEA 2027 kini giat dilaksana di seluruh negara bagi memastikan kemeriahan temasya itu dapat dirasai rakyat, bukan hanya di lokasi kluster pertandingan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.