
KUALA TERENGGANU, 2 November – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memerlukan tambahan 11 Pasukan Bomba Sukarela (PBS), menjadikan jumlah keseluruhan 23 pasukan berbanding 12 ketika ini, bagi mempercepat bantuan kecemasan dan memperluas liputan operasi menyelamat, khususnya di kawasan luar bandar sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).
- Perluasan kehadiran Pasukan Bomba Sukarela di lokasi strategik untuk mempercepatkan bantuan kecemasan kepada penduduk kawasan luar liputan.
- Banyak kawasan panas dikenal pasti di negeri, menuntut tumpuan operasi dan pemantauan rapi oleh pihak berkuasa.
- Risiko tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat; orang ramai dinasihatkan berwaspada, ikut amaran cuaca dan elak aktiviti di kawasan berisiko.
Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad berkata, penambahan itu penting bagi memastikan penduduk di kawasan yang tidak diliputi balai bomba sedia ada mendapat bantuan awal.
“Sekarang ini, kita mempunyai 12 pasukan PBS dan memerlukan tambahan 11 pasukan bagi meliputi kawasan yang tidak dapat dicapai dalam tempoh ditetapkan berdasarkan norma masa tindakan (NAT) dan masa respons jabatan.
“Dengan adanya PBS di lokasi strategik, jabatan yakin bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat kepada penduduk di kawasan di luar liputan balai bomba sedia ada di Terengganu,” katanya.
Sebanyak 460 kawasan panas dikenalpasti di keseluruhan lapan daerah dengan Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 97 lokasi, diikuti
Dungun 72, dan Hulu Terengganu 63.
Antara kebimbangan utama ialah kejadian tanah runtuh yang sukar dijangka berikutan hujan lebat, selain risiko banjir di kawasan yang dikenal pasti.
“Sekarang ni kita ada 12 pasukan PBS dan kita perlukan lagi sebanyak 11 pasukan untuk cover keseluruhan kawasan yang tidak dapat kami sampai dalam satu tempoh yang telah ditentukan oleh NAT dan juga respon time jabatan.
“Jadi dengan adanya PBS-PBS di kawasan-kawasan yang strategik itu tadi, diyakini akan mampu memberi apa ni jabatan mampu memberi respons yang cepat kepada penduduk di kawasan yang di luar litupan daripada balai-balai bomba sedia ada di negeri Terengganu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Sukuan JBPM serta Gimik Pelepasan Pasukan Kesiapsiagaan MTL bersama PBS, di sini.
Sementara itu, sebanyak 460 lokasi berisiko dikenal pasti di lapan daerah di negeri itu, dengan Kuala Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 97 lokasi, diikuti Dungun dengan 72 lokasi dan Hulu Terengganu sebanyak 63 lokasi.
JBPM Terengganu turut memberi perhatian kepada risiko tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat sepanjang MTL yang bermula pada 27 Oktober lalu.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi amaran cuaca dan mengelakkan aktiviti rekreasi di kawasan berisiko sepanjang musim tengkujuh.