Malaysia-Brazil teroka lebih banyak ruang kerjasama

Foto FB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Malaysia bakal menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Brazil di bawah kepimpinan Presidennya, Luiz Inácio Lula da Silva, khususnya dalam memperkukuh perdagangan dan pelaburan serta memajukan kerjasama antara ASEAN dengan Amerika Latin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua negara mempunyai banyak ruang untuk bekerjasama bagi memperkukuh hubungan dua hala.
  • Anwar memuji komitmen Lula terhadap keadilan sosial dan usaha mengurangkan kemiskinan.
  • Mengucapkan tahniah kepada Lula atas kemenangan menerusi hantaran Facebook rasminya.
  • Beliau berkongsi keyakinan bahawa negara-negara Selatan Global perlu mempunyai suara lebih kuat membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara mempunyai banyak ruang untuk bekerjasama bagi memperkukuh hubungan dua hala.

“Komitmen beliau sepanjang hayat terhadap keadilan sosial, usaha mengurangkan kemiskinan dan memastikan suara negara-negara membangun didengari telah mendapat penghormatan bukan sahaja di Brazil, malah di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya bagi mengucapkan tahniah kepada Lula atas kemenangan dalam pilihan raya Presiden Brazil baru-baru ini..

PM berkata, beliau sentiasa menghargai persahabatannya dengan Lula dan berkongsi keyakinan bahawa negara-negara Selatan Global perlu mempunyai suara yang lebih kuat dalam membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil.

Beliau turut menyatakan harapan agar hubungan Malaysia-Brazil terus diperkukuh menerusi kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.