Jerebu: Majikan, ketua jabatan disaran pertimbang HBH

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 18 Oktober – Majikan dan ketua jabatan dalam sektor perkhidmatan awam disaran mempertimbang Dasar Hari Bekerja Hibrid ( HBH), berikutan keadaan jerebu di negeri masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua jabatan boleh guna kaedah HBH untuk memastikan KPI dipenuhi serta mengekalkan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
  • Kerajaan melaksanakan sistem HBH bermula 1 Ogos dengan penetapan KPI supaya penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab walaupun bekerja dari rumah.
  • Terpulang kepada ketua jabatan menetapkan KPI untuk memastikan output kekal walaupun bekerja secara hibrid dalam keadaan jerebu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ketua jabatan boleh menggunakan kaedah bersesuaian melalui HBH bagi memastikan hasil kerja atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap penjawat awam dipenuhi termasuk memastikan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan awam tidak terjejas.

Tambahnya, kerajaan sudah melaksanakan sistem HBH bagi penjawat awam berkuat kuasa 1 Ogos lalu mengikut kesesuaian jabatan dengan penetapan KPI bagi memastikan setiap penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab walaupun bekerja dari rumah.

“Jadi, terpulang kepada ketua-ketua jabatan untuk menggunakan keadaan ini sebenarnya. Kita boleh gunakan (HBH).

“Tetapi yang paling penting KPI perlu ditetapkan untuk memastikan ‘output’ tetap ada walaupun bekerja secara hibrid dalam keadaan jerebu ini,” katanya selepas Program Santuni Pesara di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu Datuk Abdul Kahar Abdul Latif.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.