Lelaki warga emas maut, motosikal terbabas

Foto JBPM Perak

TAIPING, 4 Oktober – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kampung Boyan, Taiping, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak terima panggilan pada 12.41 tengah hari; BBP Taiping digerakkan ke lokasi.
  • Kemalangan melibatkan dua penunggang motosikal yang hampir terjatuh ke longkang di hadapan sebuah rumah.
  • KKM mengesahkan kematian seorang mangsa; mayat diserahkan kepada polis, mangsa cedera dirawat dan dihantar ke hospital.

Panggilan mengenai kejadian diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada pukul 12.41 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang mangsa telah terbabas dan hampir masuk ke dalam longkang di hadapan sebuah rumah.

Mangsa lelaki berusia 76 tahun ditemui tidak sedarkan diri, manakala seorang wanita berusia 69 tahun cedera parah di bahagian kepala.

Pegawai perubatan KKM kemudian mengesahkan mangsa lelaki telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM.

Operasi tamat pada pukul 1.49 tengah hari.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.