Belanjawan 2027: Hal Ehwal Agama beri bayangan berita baik

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Sektor hal ehwal agama memberi bayangan terdapat berita baik dalam Belanjawan 2027, khususnya berkaitan usaha memperkukuh pendidikan Islam, pentadbiran agama dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi bawah JPM (Hal Ehwal Agama) telah mengemukakan keutamaan menerusi sesi libat urus dan rundingan.
  • Peruntukan belanjawan diharap memperkukuh pendidikan Islam dan pentadbiran agama untuk manfaat umat Islam serta seluruh rakyat.
  • Menteri menzahirkan harapan agar bajet memberi kerahmatan dan manfaat kepada masyarakat dalam hal ehwal agama.
  • Sektor hal ehwal agama diberi perhatian dalam belanjawan bagi memperkukuh perkhidmatan serta manfaat kepada negara dan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, semua agensi di bawah portfolionya telah mengemukakan keutamaan masing-masing menerusi sesi libat urus dan rundingan yang diadakan sebelum ini.

Menurut beliau, peruntukan yang disediakan diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada umat Islam, malah seluruh rakyat Malaysia menerusi pengukuhan sektor pendidikan dan pentadbiran agama.

“Namun apa yang kita harapkan adalah bagaimana bajet ataupun Belanjawan kali ini akan dapat memberikan kerahmatan dan juga manfaat kepada masyarakat, khususnya kepada umat Islam dan umumnya kepada seluruh warga negara Malaysia dari sudut pendidikan Islam, pentadbiran agama Islam dan segala perkara berkaitan hal ehwal agama,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Belanjawan 2027 akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini, dengan sektor hal ehwal agama antara bidang yang diberi perhatian dalam usaha memperkukuh perkhidmatan serta manfaat kepada masyarakat dan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.