Eksesais LINUD MALINDO 2026 berlangsung hingga 5 Oktober

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (Para) sedang melaksanakan Eksesais LINUD MALINDO 2026 bersama Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) sejak 26 September lalu hingga 5 Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan dijalankan di Kem Terendak, Melaka dan Kawasan Am Yan, Kedah.
  • Fasa serangan akhir dijadualkan pada 4 Oktober, tertumpu di Kawasan Am Yan.
  • TDM maklumkan peningkatan pergerakan anggota bersenjata, konvoi taktikal dan bunyi letupan terkawal; orang ramai diminta kekal tenang.

Eksesais tersebut dilaksanakan di sekitar Kem Terendak, Melaka dan Kawasan Am Yan, Kedah.

Fasa serangan akhir dijadual berlangsung Ahad ini, 4 Oktober, dengan tumpuan di Kawasan Am Yan.

Menurut TDM, peningkatan pergerakan anggota tentera bersenjata, konvoi taktikal kenderaan berat serta bunyi letupan terkawal di kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada senario latihan ketenteraan yang dirancang.

“Sehubungan itu, masyarakat khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya kekal tenang dan tidak cemas dengan peningkatan pergerakan anggota tentera bersenjata serta konvoi taktikal membabitkan kenderaan berat.

“Orang ramai juga mungkin mendengar bunyi letupan terkawal sepanjang latihan berkenaan.

“TDM menjelaskan semua aktiviti itu merupakan sebahagian daripada senario latihan ketenteraan yang dirancang rapi dengan pematuhan terhadap parameter keselamatan awam,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, TDM menghargai kerjasama pihak berkuasa negeri serta komuniti setempat bagi memastikan kelancaran eksesais tanpa menjejaskan ketenteraman harian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.