LTdL 2026: Muhammad Nur Aiman tawan Jersi Terbaik Asia

Foto RTM

KAMPAR, 27 September – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli menyarung jersi Pelumba Terbaik Asia selepas menamatkan Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Muhammad Nur Aiman menduduki tempat keenam keseluruhan, enam saat di belakang pendahulu.
  • Terlepas 'breakaway' pada sembilan kilometer pertama, dia tukar strategi dan sasar dua 'intermediate sprint'.
  • Untuk Peringkat 2, dia mahu fokus pemulihan dan jimat tenaga sebelum laluan pendakian lebih mencabar Peringkat 3.
  • Angin kencang dan cuaca panas pada 60 kilometer terakhir jadi antara cabaran utama perlumbaan.

Peringkat pembukaan itu membabitkan laluan sejauh 193 kilometer dari Shah Alam ke Kampar.

Muhammad Nur Aiman turut menduduki tempat keenam keseluruhan, enam saat di belakang pendahulu.

“Untuk sembilan kilometer pertama itu, Aiman terlepas untuk buat ‘breakaway’. Jadi, memang tukar ‘plan’, cuba ambil ‘intermediate sprint’ lah, dua ‘intermediate sprint’,” katanya di sini.

Bagi peringkat kedua esok, Muhammad Nur Aiman mahu memberi tumpuan kepada pemulihan dan menjimatkan tenaga sebelum menghadapi laluan pendakian lebih mencabar pada peringkat ketiga.

Angin kencang serta cuaca panas pada 60 kilometer terakhir menjadi antara cabaran utama yang dihadapinya sepanjang perlumbaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.