
KOTA KINABALU, 24 September – Pengukuhan industri komoditi antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 bagi memastikan pekebun kecil terus mendapat sokongan yang diperlukan sekali gus meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan berkenaan.
- Perkuat sokongan kepada pekebun kecil supaya produktiviti dan pendapatan meningkat.
- Peruntukan bantuan termasuk program tanam semula untuk kesinambungan tanaman dan pembaharuan kebun.
- Tingkatkan sokongan teknologi dan penyelidikan bagi memodenkan industri komoditi.
- Kerajaan perlu pertimbangkan langkah bersesuaian untuk memperkasakan sektor dan manfaat kepada pekebun kecil.
Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, antara aspek sokongan yang diperlukan termasuk bantuan kepada pekebun kecil, program tanam semula serta sokongan teknologi dan penyelidikan.
“Sudah semestinya harapan kita agar penekanan, khususnya terhadap pengukuhan industri komoditi ini, dapat terus diberi perhatian.
“Kita juga berharap pengukuhan industri komoditi dapat terus diperkasakan, termasuk melalui pertimbangan kerajaan terhadap langkah-langkah yang bersesuaian,” katanya.
Tambah beliau, kementerian sentiasa melihat ruang untuk memperkukuh sokongan kepada sektor komoditi supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh golongan pekebun kecil.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Pekebun Kecil Sawit 2026 di sini hari ini.
Dalam Belanjawan 2026, sebanyak RM63.5 juta diperuntukkan bagi program berkaitan pekebun kecil.