AS-China setuju lanjut gencatan perdagangan hingga Januari

Donald Trump menyambut ketibaan Xi Jinping di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland pada Rabu. Xi berada di AS dari 23 hingga 25 September 2026/ AFP

WASHINGTON, 24 September- Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melanjutkan gencatan perdagangan antara kedua-dua negara selama dua bulan hingga 10 Januari, menurut Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.

RINGKASAN BERITA AI
  • AS dan China bersetuju melanjutkan gencatan perdagangan dua bulan hingga 10 Januari.
  • Lanjutan memberi lebih masa untuk meneruskan rundingan berkaitan ekonomi, kata Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent.
  • Persetujuan dicapai selepas rundingan Bessent dengan Naib Perdana Menteri China He Lifeng di New York dan Washington.
  • Selain perdagangan, dibincangkan pengurangan tarif barangan bukan strategik AS$30 bilion dan mekanisme pemberitahuan insiden AI.

Bessent berkata lanjutan itu memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua negara untuk meneruskan rundingan berkaitan ekonomi.

“Kami bersetuju hari ini (Rabu) untuk melanjutkan apa yang kami panggil Perjanjian Busan iaitu usaha meredakan ketegangan ekonomi antara kedua-dua negara yang dijadual berakhir pada 10 November,” katanya dalam wawancara dengan Fox News.

“Tempoh itu akan dilanjutkan sehingga 10 Januari depan” katanya.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan Bessent dengan Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, di New York pada Ahad dan Washington pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat ketika Presiden China Xi Jinping tiba di Amerika Syarikat untuk pertemuan dengan Presiden Donald Trump pada Khamis.

Selain perdagangan, kedua-dua negara turut membincangkan kemungkinan mengurangkan tarif terhadap barangan bukan strategik bernilai AS$30 bilion, selain mewujudkan mekanisme pemberitahuan berkaitan insiden atau ancaman kecerdasan buatan (AI). -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.