Risiko jerebu rentas sempadan boleh jejaskan hasil sawit – MBSB Research

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 September – Risiko jerebu rentas sempadan dan cuaca kering dijangka terus menjadi perhatian sektor perladangan dalam beberapa bulan akan datang, susulan peningkatan ketara titik panas di Indonesia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indonesia rekod 15,186 titik panas Ogos, 87.3% di Kalimantan, meningkatkan risiko jerebu sekiranya kebakaran berterusan dan angin membawa asap.
  • Perkembangan El Nino yang lebih kuat berpotensi menjejaskan hasil buah tandan segar jika keadaan kering berlanjutan.
  • Taburan hujan semasa mengurangkan risiko jangka pendek; sekiranya bekalan menjadi ketat, ia boleh menyokong harga CPO.

Pada Ogos 2026, Indonesia merekodkan 15,186 titik panas, dengan 87.3 peratus tertumpu di Kalimantan, berbanding 265 di Malaysia.

MBSB Research menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan itu meningkatkan risiko jerebu ke Malaysia sekiranya kebakaran berterusan dan arah angin membawa asap merentasi sempadan.

Dalam masa sama, perkembangan El Nino yang lebih kuat boleh menjejaskan hasil buah tandan segar (FFB) sekiranya keadaan kering berpanjangan.

“Bagaimanapun, taburan hujan di Malaysia ketika ini masih membantu mengurangkan risiko terhadap hasil dalam tempoh terdekat.

“Sekiranya bekalan minyak sawit menjadi lebih ketat, keadaan itu berpotensi menyokong harga minyak sawit mentah (CPO),” katanya dalam kenyataan sama.

Sasaran purata harga CPO bagi 2026 kekal pada RM4,400 satu tan metrik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.