Empat rumah Uma Badeng musnah dalam kebakaran di Kapit

Foto JBPM Sarawak

KAPIT, 23 September – Empat unit rumah panjang Kampung Uma Badeng di Sungai Asap, Belaga dekat sini musnah dalam kejadian kebakaran pada pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sepuluh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Belaga digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
  • Jarak kira-kira 90 kilometer dan laluan sempit menyukarkan pasukan bomba ke lokasi kejadian.
  • Kebakaran memusnahkan bahagian dapur dua rumah berdekatan, namun api berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.05 pagi.

“Sepuluh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 90 kilometer dari balai berkenaan.

“Jarak yang jauh dan laluan sempit menjadi cabaran bagi pasukan bomba untuk bergerak ke lokasi,” menurut PGO menerusi kenyataan.

Kebakaran turut memusnahkan bahagian dapur bagi dua unit rumah yang berdekatan.

Pasukan bomba Sarawak kemudian berjaya mengawal api marak dari terus merebak ke rumah berhampiran, sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.