
- Pertahanan Awam maklum bahaya telah berlalu di Bandar Mekah; minta orang patuhi arahan, elak berkumpul dan merakam, hubungi 911 jika kecemasan.
- Serangan peluru berpandu dan dron Houthi sebelum ini mencederakan 13 orang, menurut Gabungan Pimpinan Arab Saudi.
- Gabungan menyatakan akan bertindak tegas melindungi kedaulatan dan mengambil semua langkah operasi yang diperlukan.
- Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertemu Presiden al-Sisi; kedua pemimpin gesa kebebasan dan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz dan Bab al-Mandab.
Dalam pada itu, Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi platform X turut memaklumkan bahawa bahaya telah ‘berlalu’ di Bandar Mekah.
“Bahaya telah berlalu di Bandar Mekah. Demi keselamatan anda, terus ikuti arahan Pertahanan Awam dan elakkan berkumpul serta merakam kejadian.
“Sekiranya berlaku kecemasan, hubungi 911,” menurut kenyataan pihak itu.
Terdahulu, amaran berkenaan dikeluarkan selepas serangan peluru berpandu dan dron Houthi di tiga kawasan sehari sebelumnya mencederakan 13 orang, menurut Gabungan Pimpinan Arab Saudi.
Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi di Kaherah pada Selasa bagi membincangkan perkembangan terbaharu konflik di Yaman.
Kedua-dua pemimpin menggesa kebebasan dan keselamatan di Selat Hormuz dan Selat Bab al-Mandab, manakala Sisi menyatakan sokongan terhadap langkah Arab Saudi bagi melindungi negaranya
Sebelum ini, Gabungan Pimpinan Arab Saudi menyatakan pihaknya akan bertindak tegas bagi melindungi kedaulatan mereka. -AFP