FCoEE perkasa asnaf bidang AI, sains dan teknologi

Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Digital Generasi Baharu 2026 yang sedang berlangsung di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan

MEDAN, 13 September – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) terus memperkasa pelajar dalam kalangan asnaf di Perlis dengan ilmu dan kemahiran berkaitan kecerdasan buatan (AI) serta Sains dan Teknologi.

RINGKASAN BERITA AI
  • FCoEE proaktif laksanakan program sejak 2024 bersama IPT seperti UniMAP, UKM dan UMK untuk kemahiran AI dan sains.
  • Komitmen meneruskan program AI dan teknologi serta memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang peluang pekerjaan kritikal dalam bidang ini.
  • Pelaksanaan program peringkat sekolah melibatkan lebih 400 pelajar dari 104 sekolah serta penubuhan PPITM, Kelab AIRED, Program Cilik AI dan Junior AiREd.

Menurut Pakar Rujuk Penyelidikan dan Pengantarabangsaan FCoEE, Dr Bibi Noraini Mohd Yusuf, sejak 2024 hingga kini, FCoEE proaktif melaksanakan pelbagai program termasuk bengkel melibatkan kerjasama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Pada masa hadapan, FCoEE akan meneruskan pelbagai lagi program-program berkaitan dengan AI dan juga teknologi kepada para pelajar dan juga asnaf.

“Selain itu memberi pendedahan juga kepada ibu bapa kenapa anak-anak mereka perlu memilih dan menceburi bidang ini terutamanya untuk memenuhi pasaran kerja kita yang sememangnya kritikal, tidak cukup buruh ataupun pakar dalam bidang AI dan teknologi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM pada Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Digital Generasi Baharu 2026 yang sedang berlangsung di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) di sini.

Persidangan menghimpunkan 200 penyelidik terkemuka, pakar industri dan pelajar pascasiswazah untuk membincangkan kemajuan inovatif dalam teknologi digital.

FCoEE turut melaksanakan pelbagai program dalam usaha memupuk minat para peserta dalam bidang AI, sains dan teknologi pada peringkat sekolah dengan penglibatan lebih 400 pelajar dari 104 buah sekolah seluruh Perlis.

Pada masa sama mewujudkan Program Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih Madani (PPITM), menubuhkan Kelab AIRED atau AI Robotic Educational di sekolah serta Program Cilik AI, dan Junior AiREd.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.