
ALOR SETAR, 13 September – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.
RINGKASAN BERITA AI
- Perintah reman empat hari hingga 16 September dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar.
- Suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.
- Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan suspek.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Perintah reman selama empat hari hingga 16 September ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi Ahad.
Suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” menurutnya.