China ketengah zon AI sumber terbuka untuk negara BRICS

Foto AFP

NEW DELHI, 13 September – China akan menerajui penubuhan zon sumber terbuka kecerdasan buatan (AI) bagi negara anggota BRICS, kata Presiden Xi Jinping ketika sidang kemuncak kumpulan 11 negara itu di New Delhi, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif AI sumber terbuka dan inklusif termasuk kerjasama membangunkan serta menggunakan model bahasa berskala besar.
  • Cadangan menubuhkan pusat penyelidikan dan latihan AI bagi negara BRICS untuk membentuk ekosistem AI lebih terbuka.
  • Xi menyeru rangka tadbir urus AI global berasaskan konsensus bagi menangani perkembangan teknologi yang pesat.

Cadangan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif AI sumber terbuka dan inklusif yang diketengahkan Xi, termasuk kerjasama dalam pembangunan serta penggunaan model bahasa berskala besar.

Menurut Xi, inisiatif berkenaan turut melibatkan penubuhan pusat penyelidikan dan latihan khusus AI bagi negara BRICS dengan matlamat membentuk ekosistem AI yang lebih terbuka.

Syarikat AI China kini menghasilkan model AI sumber terbuka bertaraf dunia, membolehkan kod asasnya diakses dan diubah suai oleh pengguna.

Sebaliknya, pembangun di Amerika Syarikat lebih cenderung menggunakan pendekatan tertutup.

Xi turut menyeru penubuhan kerangka tadbir urus AI global yang luas dan berasaskan konsensus bagi menangani perkembangan pesat teknologi berkenaan.

BRICS yang merangkumi China, Rusia dan India ditubuhkan pada 2009 sebagai platform ekonomi utama negara sedang pesat membangun untuk mendapatkan pengaruh lebih besar dalam institusi yang didominasi kuasa Barat.

Cadangan China itu hadir ketika kebimbangan global semakin meningkat terhadap keupayaan masyarakat mengawal perkembangan AI yang semakin pantas.

Xi dijangka mengunjungi Amerika Syarikat bulan ini untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump, dengan isu tadbir urus AI dijangka antara perkara yang turut dibincangkan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.