
MIRI, 13 September – Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham dan Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamuddin disolatkan selepas solat Subuh di Masjid Jamal Addin, Taman Jelita, Miri, pagi ini.
- Solat jenazah diimamkan Ustaz Mohamad Ardy Putera Zainudin, dihadiri kira-kira 300 jemaah; Ustaz Rafaee Morshidi membantu pengurusan jenazah.
- Kedua-dua jenazah dibawa ke Kargo Lapangan Terbang Miri untuk proses penghantaran ke kampung halaman masing-masing.
- Seorang dijangka diterbangkan TUDM pada pukul 8 pagi; seorang lagi menggunakan Malaysia Airlines pada 12.10 tengah hari.
- Jururawat Debra Moset akan diterbangkan ke Kuching pukul 9 pagi; Jessie Paya Jok dan Alexson Adit dituntut keluarga, akan dikebumikan esok.
Solat jenazah diimamkan Penolong Imam Bahagian Miri, Ustaz Mohamad Ardy Putera Zainudin dan disertai kira-kira 300 jemaah.
Turut membantu pengurusan jenazah ialah Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Miri, Ustaz Rafaee Morshidi.
Selesai solat jenazah dan penghormatan terakhir, kedua-dua jenazah dibawa ke Kargo Lapangan Terbang Miri untuk proses penghantaran ke kampung halaman masing-masing.
Jenazah Allahyarhamah Dr Ainul Baraah dijangka diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 8 pagi.
Sementara jenazah Allahyarham Kapten Zainol dijangka dibawa pulang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 12.10 tengah hari.
Kedua-duanya akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk urusan pengebumian.
Dalam perkembangan sama, jasad mendiang Jururawat Debra Moset dijangka diterbangkan ke Kuching pada pukul 9 pagi menggunakan penerbangan yang diuruskan pihak Layang-Layang Aerospace.
Jasad mendiang kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman untuk urusan pengebumian.
Sementara itu, jasad dua lagi mangsa, mendiang Jururawat Jessie Paya Jok dan Penolong Pegawai Perubatan, Alexson Adit Anak Henry Empurai, akan dituntut keluarga masing-masing di Miri.
Kedua-duanya dijadualkan menerima penghormatan terakhir daripada keluarga sebelum dikebumikan esok di Tanah Perkuburan BEM Lambir dan Tanah Perkuburan Anglican Lambir.