Kedai serbaneka musnah dalam kebakaran

Foto JBPM Sarawak

KUCHING, 12 September – Sebuah bangunan kedai serbaneka tiga tingkat di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, disini terbakar awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 pagi.
  • Pasukan BBP Batu Lintang, dibantu BBP Padungan dan BBP Tabuan Jaya, dikejarkan ke lokasi.
  • Tingkat satu musnah 100%, tingkat dua terbakar kira-kira 80%; tingkat bawah tidak terlibat, tiada kemalangan jiwa, operasi pemadaman masih dijalankan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Batu Lintang, dengan bantuan BBP Padungan dan BBP Tabuan Jaya, dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran memusnahkan 100 peratus tingkat satu, manakala tingkat dua terbakar kira-kira 80 peratus.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan tingkat bawah bangunan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, manakala operasi pemadaman masih dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.