PM sampaikan salam hormat YDP Agong kepada Putin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi/ BERNAMA

NEW DELHI, 12 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Presiden Rusia Vladimir Putin pada pertemuan dua hala di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.
  • Sultan Ibrahim menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024.
  • Baginda melakukan tiga lawatan ke Rusia: lawatan negara Ogos 2025, lawatan khas Saint Petersburg Januari 2026, ke Moscow pada Mei tahun ini menjelang Hari Kemenangan.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Januari 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.