111 KIR terjejas kebakaran Kampung Numbak terima bantuan RM1,500

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menyampaikan bantuan itu ketika meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Damai./ RTM

KOTA KINABALU, 11 September – Seramai 111 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Numbak menerima bantuan khas kewangan RM1,500 setiap seorang daripada Kerajaan Persekutuan yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan kewangan diagihkan: RM500 melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan RM1,000 melalui NADMA.
  • Mangsa juga menerima bakul makanan yang disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  • Anwar mempengerusikan Mesyuarat MTPMA63 di SICC dengan kehadiran pemimpin Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah itu, RM500 disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, manakala RM1,000 lagi disalurkan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Datuk Seri Anwar menyampaikan bantuan itu ketika meluangkan masa menyantuni mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Damai, selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas.

Mangsa turut menerima bantuan bakul makanan yang disalurkan NADMA.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Zainudin Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ts Mustapha Sakmud dan Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Dato Sri Sabin Samitah.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Mesyuarat itu turut dihadiri Datuk Seri Hajiji dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.