
PUTRAJAYA, 11 September – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan datang.
RINGKASAN BERITA AI
- Jabatan Perdana Menteri memaklumkan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
- Seri Paduka berkenan membebaskan 65 banduan.
- Banduan bukan warganegara yang dibebaskan hendaklah diusir dan dihantar pulang dalam tempoh enam bulan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hari ini.
“Pada mesyuarat sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan membebaskan 65 banduan.
“Semua banduan bukan warganegara yang dibebaskan hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas pembebasan,” menurut kenyataan itu.