
OTTAWA, 11 September – Kanada kekal bersedia mencapai perjanjian perdagangan yang adil dengan Amerika Syarikat (AS), meskipun ketegangan ekonomi antara kedua-dua negara semakin memuncak.
- Perdana Menteri Mark Carney masih berhubung dengan Presiden AS Donald Trump; mereka berkomunikasi beberapa hari kebelakangan ini.
- Kanada percaya perjanjian perdagangan yang saling menguntungkan boleh dicapai antara kedua-dua negara.
- Rundingan perdagangan terhenti selepas Carney menolak tawaran Washington yang dianggap tidak boleh diterima.
- Trump mengenakan tarif baru; Ottawa membalas. Carney tidak mahu eskalasi tetapi tidak akan terima perjanjian merugikan kepentingan ekonomi Kanada.
Perdana Menteri Mark Carney berkata beliau masih berhubung dengan Presiden AS Donald Trump dan kedua-duanya telah berkomunikasi dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Menurut Carney, Kanada percaya perjanjian yang saling menguntungkan boleh dicapai antara kedua-dua negara.
“Kami sentiasa bersedia untuk mencapai perjanjian yang adil,” katanya kepada pemberita di Calgary, ketika menjadi tuan rumah kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
Rundingan perdagangan Kanada-AS terhenti bulan lalu selepas Carney menolak tawaran Washington yang disifatkan tidak boleh diterima.
Tindakan itu mencetuskan reaksi keras Trump, termasuk pengenaan tarif baharu terhadap Kanada, yang kemudiannya dibalas Ottawa.
Carney menegaskan beliau tidak berminat untuk meningkatkan ketegangan, namun Kanada tidak akan menerima sebarang perjanjian yang tidak menjaga kepentingan ekonomi negara itu.-AFP