Hawaii siap siaga hadapi Taufan Lowell kategori tiga

Amaran taufan turut dikeluarkan bagi pulau Kauai dan Niihau/Foto AFP

LOS ANGELES, 8 September – Hawaii kini bersiap sedia menghadapi ancaman Taufan Lowell berstatus kategori tiga yang semakin menghampiri kepulauan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Imej satelit menunjukkan Taufan Lowell membawa angin maksimum sekitar 195 kilometer sejam, dengan Ribut Tropika Marie berputar di Lautan Pasifik.
  • Amaran taufan dikeluarkan untuk Kauai dan Niihau; Lowell dijangka melintasi kedua pulau mulai Isnin malam.
  • Pusat Taufan meramalkan risiko banjir kilat dan tanah runtuh; pihak berkuasa mengarahkan penduduk bersiap siaga menghadapi ancaman nyawa.

Imej satelit menunjukkan Taufan Lowell yang membawa angin berkelajuan maksimum sekitar 195 kilometer sejam dan Ribut Tropika Marie berpusar di Lautan Pasifik ketika Lowell bergerak menuju ke kawasan barat Hawaii.

Amaran taufan turut dikeluarkan bagi pulau Kauai dan Niihau, dengan Lowell dijangka melintasi kedua-dua pulau berkenaan mulai Isnin malam.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat meramalkan Kauai bakal berdepan risiko banjir kilat dan tanah runtuh.

Lowell sebelum ini pernah berstatus Kategori Lima, namun kini telah melemah kepada Kategori Tiga.

Taufan itu dijangka bergerak ke arah barat laut dan semakin perlahan menjelang awal Rabu.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penduduk bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan termasuk keadaan yang boleh mengancam nyawa, banjir dan risiko tanah runtuh. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.