Projek Sinema FINAS buka ruang generasi baharu ceburi industri filem

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 September – Projek Sinema diperkenalkan bagi memberi ruang lebih luas kepada generasi baharu pembikin filem untuk mengembangkan bakat serta memperoleh pengalaman sebenar dalam industri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus program pada empat bidang utama: penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan penerbitan.
  • Peserta mengikuti latihan dan digabungkan dengan projek berpendanaan untuk pengalaman produksi sebenar.
  • Penulisan skrip diberi penekanan sebagai asas penting menghasilkan karya filem berkualiti dan penceritaan kukuh.
  • 24 peserta dipilih tanpa had umur, mengutamakan bakat, kebolehan belajar dan inisiatif; matlamat mengangkat cerita budaya Malaysia ke peringkat dunia.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Dr Hans Isaac berkata, program itu memberi tumpuan kepada empat bidang utama iaitu penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan penerbitan.

“Peserta bukan sahaja mengikuti latihan, malah akan digabungkan dengan projek bawah dana berkaitan bagi membolehkan mereka memperoleh pengalaman dalam produksi sebenar,” katanya.

Katanya, penulisan skrip turut diberi penekanan kerana ia merupakan asas penting dalam menghasilkan karya filem yang berkualiti.

“FINAS berpandangan sesebuah karya yang mempunyai pengarah dan pelakon terbaik masih berdepan kesukaran untuk berjaya sekiranya tidak disokong skrip serta penceritaan yang kukuh,” katanya.

Seramai 24 peserta dipilih daripada 49 permohonan tanpa had umur, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai bakat, kemampuan untuk belajar serta inisiatif mengembangkan diri dalam industri.

FINAS berharap program itu dapat melahirkan lebih ramai pembikin filem yang mampu mengetengahkan cerita, budaya dan pengalaman rakyat Malaysia ke persada dunia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.