Empat remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Lompat

Operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan bagi mencari empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas / Foto JBPM Johor

KOTA TINGGI, 2 September – Empat remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Lompat di sini kira-kira 8 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Penawar.
  • Komander Operasi Muhammad Adib Tarmuzi melaporkan enam remaja lelaki berumur 16 tahun lemas ketika mandi.
  • Dua mangsa berjaya diselamatkan manakala empat lagi masih hilang sehingga kini.
  • Kesemua mangsa dilapor berkhemah bersama sembilan rakan sejak petang sebelumnya.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Penawar.

Maklumat awal daripada Komander Operasi, Muhammad Adib Tarmuzi memaklumkan enam remaja lelaki berusia 16 tahun lemas ketika mandi-manda di pantai berkenaan.

Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala empat lagi masih hilang sehingga kini.

Kesemua mangsa bersama sembilan lagi rakan dilaporkan berkhemah di pantai berkenaan sejak petang semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.