RCI TH: Bekas Menteri tiba mahkamah bagi prosiding reman

Foto RTM

PUTRAJAYA, 2 Sept – Seorang bekas menteri tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditahan semalam kira-kira 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dipercayai berkaitan pajakan hotel TH di Arab Saudi.
  • Laporan RCI TH didedahkan 29 Julai, mencatat kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi 2014 hingga 2020 serta pelaburan bermasalah.
  • Laporan juga menyebut wujud transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat yang memerlukan tindakan lanjut.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu, tiba pada 10.25 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Semalam, individu tersebut ditahan kira-kira 4.30 petang, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan TH di Arab Saudi.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.