
TRIPOLI, 31 Ogos — wakil pihak politik yang bersaing di Libya mencapai persetujuan untuk mengadakan pilihan raya kebangsaan dalam tempoh 24 bulan.
- Rundingan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang pilihan raya dan membaharui badan pilihan raya negara.
- Perjanjian ditandatangani di ibu pejabat UNSMIL, menggunakan format empat tambah empat wakil empat institusi utama Libya.
- Format empat tambah empat akan bekerjasama dengan UNSMIL membangunkan rangka kerja pelaksanaan perjanjian dalam tempoh sebulan.
Persetujuan itu dicapai menerusi rundingan yang diketuai Pertubuhan Bangsa Bersatu, (PBB).
Ia bertujuan menyelesaikan pertikaian berhubung undang-undang pilihan raya serta melakukan pembaharuan terhadap badan pilihan raya negara.
Perjanjian itu ditandatangani di ibu pejabat misi sokongan pbb di Libya, UNSMIL, di Tripoli, pada Ahad.
Rundingan melibatkan format empat tambah empat dengan wakil daripada empat institusi utama libya.
Antaranya kerajaan perpaduan nasional, majlis tertinggi negara, dewan perwakilan dan tentera kebangsaan Libya.
Menteri negara bagi hal ehwal politik dan komunikasi, Walid Ellafi, berkata pilihan raya legislatif dan presiden perlu diadakan dalam tempoh tidak melebihi 24 bulan.
Katanya, pilihan raya itu perlu dilaksanakan di bawah satu kuasa eksekutif dan institusi nasional yang bersatu.
Sementara itu, ketua delegasi pemerintah am tentera, Shibani Abuhamoud, berkata format empat tambah empat akan bekerjasama dengan UNSMIL.
Kerjasama itu bagi membangunkan rangka kerja untuk melaksanakan perjanjian berkenaan dalam tempoh sebulan.
Proses politik Libya terbantut selepas pilihan raya yang dijadualkan pada Disember 2021 gagal diadakan susulan pertikaianmengenai kelayakan calon-calon utama.
Libya berdepan ketidakstabilan politik sejak pemberontakan pada 2011.
Negara itu kemudiannya terpecah antara puak yang bersaing di timur dan barat.
Namun, pertempuran besar berakhir selepas gencatan senjata dicapai pada 2020.
Kini, perjanjian terbaharu itu diharap membuka laluan kepada pilihan raya kebangsaan dan penyatuan semula institusi politik Libya. – REUTERS