Inter Miami lantik Gonzalez jurulatih baharu

Cristian “Kily” Gonzalez / Foto Fail

MIAMI, 28 Ogos – Kelab juara bertahan Major League Soccer (MLS), Inter Miami secara rasmi melantik bekas pemain kebangsaan Argentina, Cristian “Kily” Gonzalez sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan pengurus sementara, Guillermo Hoyos.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hoyos akan terus memegang tugas sementara sehingga permit kerja AS Gonzalez diluluskan.
  • Gonzalez mempunyai rekod cemerlang sebagai pemain sayap kiri untuk Inter Milan, Valencia dan Zaragoza.
  • Beliau mengumpul 56 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina antara 1995 dan 2005.
  • Inter Miami kini dalam prestasi membimbangkan: empat kekalahan dari lima perlawanan; tangga kedua, ketinggalan 10 mata.

Gonzalez, 52, yang berasal dari Rosario menggalas tanggungjawab besar untuk memulihkan prestasi hambar Inter Miami sejak saingan liga disambung semula selepas rehat Piala Dunia 2026.

“Inter Miami CF hari ini mengumumkan bahawa pihak kelab telah mencapai persetujuan dengan Cristian Alberto ‘Kily’ Gonzalez untuk dilantik sebagai ketua jurulatih skuad utama yang baharu,” menurut kenyataan rasmi kelab tersebut.

Pihak kelab menambah Hoyos akan terus memegang tugas sementara sehingga permit kerja AS untuk Gonzalez diluluskan sepenuhnya.

Gonzalez mempunyai rekod cemerlang sebagai pemain sayap kiri kelab gergasi Eropah seperti Inter Milan, Valencia dan Zaragoza di samping mengumpul 56 penampilan bersama skuad kebangsaan Argentina antara tahun 1995 hingga 2005.

Beliau memulakan kerjaya pengurusan pada tahun 2020 dan pernah mengendalikan tiga kelab di Argentina sebelum berhijrah ke Miami.

Prestasi Inter Miami berada dalam keadaan membimbangkan selepas mengalami empat kekalahan daripada lima perlawanan terakhir.

Walaupun diperkasa dengan kemasukan bintang Brazil, Casemiro dari Manchester United, kelab itu kini menduduki tangga kedua Konferens Timur dan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Nashville.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.