
KOTA KINABALU, 25 Ogos – Kira-kira 8,000 umat Islam menyertai perarakan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah, di sini, hari ini.
- Perarakan tiga kilometer dari Padang Merdeka ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah diketuai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.
- Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, dan Menteri Pelancongan, Datuk Jafry Arifin turut menyertai perarakan.
- Perarakan melibatkan 96 kontinjen agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti; peserta berselawat sambil membawa sepanduk penuh kecintaan.
Perarakan sejauh tiga kilometer bermula dari Padang Merdeka ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) diketuai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.
Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin turut menyertainya.
Secara keseluruhan, perarakan tersebut melibatkan 96 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat.
Sepanjang perarakan, peserta yang mengenakan pakaian berwarna-warni termasuk baju Melayu dan baju kurung berselawat serta membawa sepanduk yang menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.